Muhamad Agus Yusoff Buat Kritik Pada KErajaan PAS...Janji Entah KEmana?

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai dirasmikan oleh bekas MB Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Dikatakan lebuh raya rakyat kerana sebahagian daripada dana pembiayaan pembinaannya adalah dari bantuan serta sumbangan rakyat.

Semasa diadakan majlis pecah tanah ini, diumumkan tujuan pembinaannya adalah untuk mengurangkan kesesakan jalan, terutamanya sewaktu musim cuti sekolah dan musim cuti perayaan apabila rakyat Kelantan yang bekerja di Kuala Lumpur pulang ke kampung.

Tujuannya murni sekali kerana pembinaan lebuh raya ini telah lama ditunggu rakyat. Kerajaan pusat sejak tahun 1990 lagi berjanji untuk membinanya, tetapi disebabkan Kelantan terus diperintah oleh PAS, maka hasrat dan janji kerajaan pusat tersebut hanya tinggal janji sahaja. Begitulah praktik politik persekutuan di negara kita, dinafikan pembangunan dan peruntukan apabila tidak sehaluan.

Setelah setahun lebuh raya ini dibina, tidak banyak yang kita tahu tentang perkembangannya. Kita tidak tahu berapa derma yang telah dikutip dari rakyat? Laman sesawang Lebuh Raya Rakyat ini lesu tanpa makluman tentang kemajuan terkini.

Yang saya tahu tentang perkembangan lebuh raya ini ialah apabila ada aduan yang dihantar ke inbox saya menyatakan gaji suaminya sudah empat bulan tidak dibayar. Katanya: “bagaimana anak mahu ke sekolah, mahu makan dll? Mujurnya saya juga bekerja.” Jika betullah aduan ini, maka timbul persoalan di benak saya: Bagaimana dengan mereka yang bergantung harap hanya kepada kerja ini? Aduh, susahnya hidup?

Setelah Tuan Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar, Datuk Husam Musa tidak lagi berada dalam barisan Exco negeri, dan aduan tentang gaji yang tidak dibayar, saya mulai pesimis dengan projek ini. Semoganya saya salah, sebaliknya yang betul ialah hasrat rakyat untuk menikmati perjalanan yang lancar dari Kuala Krai ke Kota Bharu kesampaian!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana