Mesir: Pemuda UMNO mahu PBB, Liga Arab bertindak segera

Pergerakan Pemuda UMNO mahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Liga Arab mengadakan mesyuarat segera dan menetapkan resolusi bagi membolehkan campur tangan kemanusiaan di Mesir.

Sambil mengutuk keganasan yang dilakukan terhadap penyokong Morsi, Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO mengecam kegagalan pihak berkuasa sementara Mesir menangani masalah di negara itu hingga mengorbankan ramai nyawa sehingga hari ini.

“Ketika umat Islam di seluruh dunia bergembira menyambut Aidilfitri yang baru melepasi minggu pertama Syawal, saudara-saudara kami di Mesir berada dalam ketidaktentuan akibat perbalahan politik sesama sendiri.

“Terbaharu, pihak berkuasa Mesir menggempur penyokong bekas Morsi dan mengakibatkan banyak kematian dalam kalangan orang awam. Operasi ini merupakan satu kekejaman yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pihak berkuasa Mesir perlu sedar kekecohan di negara itu akibat rampasan kuasa yang dilakukan terhadap pemerintahan Morsi yang dipilih sebagai Presiden melalui proses pilihan raya yang sah.

Jelas beliau, apabila pihak tertentu melanggar prinsip demokrasi dengan menggulingkan Mursi, ia secara jelas mengkhianati amanah rakyat.

Justeru Pemuda UMNO menggesa pihak berkuasa Mesir menghentikan serta-merta tindakan membunuh penunjuk perasaan dan berharap perisytiharan darurat ditarik balik selari dengan semangat dan kemuliaan bulan Syawal.

“Pemuda UMNO juga ingin menasihatkan rakyat Malaysia di Mesir terutama pelajar supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa di laman-laman sosial dan berhubung dengan Kedutaan Malaysia di sana bagi mengetahui kenyataan rasmi negara dan Kementerian Luar,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana