Mesir isytihar darurat selepas hampir 100 orang maut

KAHERAH - Pihak pemerintan mengisytiharkan darurat apabila sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh hari ini selepas pasukan anggota keselamatan bertindak ke atas para penentang yang mahukan Presiden Mohamed Mursi kembali berkuasa.

Anggota pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan dalam pertembungan dengan para penunjuk perasaan yang sekali gus mencetuskan keadaan huru-hara di ibu negara dan kota-kota lain di Mesir. Suasana semakin tidak menentu dalam kalangan populasi 84 juta orang tersebut - antara penyokong Mursi dan kumpulan yang menentang pentadbirannya.

Di jalanan sekitar masjid Rabaa al-Adawiya di timur laut Kaherah, tempat ribuan penyokong Mursi melakukan bantahan awam sejak enam minggu lalu, pihak polis pengawal rusuhan dilihat mula menunjukkan kuasa dengan siap memakai topeng gas dan diiringi kenderaan berperisai.

Gas pemedih mata juga telah dilepaskan sementara asap daripada pembakaran tayar oleh penentang menyesakkan udara di keseluruhan kawasan.

Beberapa stesen televisyen turut menyiarkan rakaman peyokong Mursi yang menembak ke arah pasukan keselamatan dari belakang benteng pertahanan mereka.

Keganasan sudah merebak keluar dari Kaherah dengan pertempuran antara penyokong Mursi dan anggota keselamatan. Lokasi lain seperti Iskandariah, Minya, Assiut, Fayoum dan Suez serta wilayah Buhayra dan Beni Suef juga kini dalam keadaan huru-hara.

Kementerian Kesihatan Mesir mendedahkan angka mereka yang maut seramai 95 orang termasuk anggota polis dan orang awam. Sementara itu, sumber lain melaporkan sekurang-kurangnya 17 orang terkorban di wilayah Fayoum dan lima di Suez. - Reuters

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana