MESIR GEMPAR - HOSNI MUBARAK DIKTATOR DI BEBASKAN.

Mantan Presiden Mesir Husni Mabarak dibebaskan dari penjara. Pembebasan tersebut berlaku di saat kekecohan politik di Negeri Piramid tersebut.

Diktator yang berkuasa selama 30 tahun itu menghirup nafas lega, Isnin (19/8) waktu tempatan. New York Times menyatakan, pembebasan tersebut berdasarkan atas keputusan Mahkamah Agung di Ibu Kota Kaherah. The Guardian pula melaporkan Hosni Mobarak akan dibebaskan dalam tempoh 48 jam lagi selepas pihak pendakwa telah membersihkan beliau dari tuduhan rasuah, demikian kata peguamnya, Fareed el-Deeb.

Spekulasi beredar sebelumnya mengenai pembebasan tersebut. Dikatakan, pembebasan Mubarak adalah puncak dari strategi tentera mengembalikan kekuasaan para diktator.

Mubarak terlucut dari kerusi kekuasaannya sewaktu revolusi Mesir 2011. Kelompok Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lainnya memaksa penguasa 30 tahun ini untuk turun. Kejatuhannya, Mubarak membuka pintu revolusi di negara-negara Timur Tengah. Sejak 2011, Mubarak ditahan di Penjara Torah di Kaherah.

Mubarak dimasukkan ke penjara dengan banyak sebab. Beberapa adalah, Mubarak adalah penanggung jawab atas terkorbannya ratusan demonstrasi pada 2011.

Tuduhan lainnya adalah penyalahgunaan kekuasaan. Rejim Mubarak dituduh penuh dengan skandal mega rasuah dan penyalahgunaan-kuasa. Semasa Mursi menjadi presiden, pengadilan kerap gagal membicarakan Mubarak.

Anadolu Agency, Ahad (18/8) memberitakan, badan kehakiman merancang di Kaherah untuk membicarakannya pada Khamis ini (22/8) akan datang.

(Cuba lihat google nama Qatan yg dipenjara 17 tahun oleh Hosni Mubarak kerana menegurnya agar berlaku takwa di masjid Nabawi sewaktu Hosni melawat Madinah. 17 tahun masuk penjara dan buang kunci adalah biasa bagi Hosni.)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana