MB Perak minta Ngeh cermin diri dulu

Pengerusi Dap Negeri Ngeh Khoo Ham sekali lagi ditempelak Menteri Besar Perak yang meminta tokoh pembangkang itu “cermin diri terlebih dulu”.

Komen terbaru Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir sebagai mengulas kenyataan Ngeh yang juga ADUN Sitiawan dan ahli parlimen Beruas yang berkata “MB Perak is a shameless man.”

Ngeh juga dipetik sebagai berkata “he is only interested in protecting his own position. I’m more interested in protecting the integrity of the Malaysian judiciary”.

Semuanya bermula apabila Ngeh pada 31 Julai lalu sebagai mengulas keputusan mahkamah berhubung petisyen pilihanraya melalui twit berkata penolakannya (keputusan mahkamah) menyebabkan rakyat memprotes dengan melakukan demonstrasi jalanan.

Bagi mereka yang baru mengikuti isu ini, ketika mengulas twit Ngeh, Menteri Besar selain meminta Ngeh lebih bertanggungjawab dengan komennya itu serta menganggap komen Ngeh “berbahaya dan menghasut.”

Dr.Zambry juga menyebut  bahawa petisyen yang dikemukakan BN juga turut ditolak oleh mahkamah. Maknanya bukan saja petisyen  yang dibuat oleh Dap ataupun Pas.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung serta majlis rumah terbuka persatuan bekas TLDM di Lumut siang tadi,  beliau yang juga ADUN Pangkor berkata:

Perkataan itu lebih sesuai untuk mengambarkan sikap Ngeh sendiri kerana sering mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan akal fikiran sehingga mengundang masalah pada dirinya seperti dikecam dan dikritik.

Beliau mencadangkan Pengerusi Dap negeri itu berhenti membuat komen-komen yang tidak menyenangkan yang boleh mengeruhkan keadaan dan keamanan negara sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di negeri ini.

Secara sinis beliau melahirkan rasa ‘simpati’ dengan keadaan Ngeh yang sentiasa mendapat perhatian dan liputan meluas media tetapi bagi maksud yang salah.

“Dia kata saya ‘shameless man’…saya atau dia yang shameless man kerana tidak pernah buat komen-komen  . . . .”

Katanya apa yang penting Ngeh tidak harus membuat komen yang boleh mengeruhkan keadaan dan keamanan negara.

Kenyataan Ngeh bukan saja mendapat reaksi Menteri Besar seorang saja tetapi di Ipoh pula, seorang pengundi  di kawasan parlimen Ipoh Barat,Ahmad Faizal Jaafar,  37 tahun bertindak membuat laporan polis.

 Faizal berkata beliau  membuat laporan polis terhadap  Ngeh kerana seolah-olah mempersoalkan keputusan mahkamah dalam Twitter baru-baru ini.

Beliau mendakwa  mesej dalam kenyataan tersebut adalah bersifat menghasut selain mempunyai unsur menghina mahkamah sekaligus dilihat satu cubaan memperlekehkan sistem kehakiman.

"Kenyataan tersebut bagi pandangan saya, boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai dan memberi persepsi negatif terhadap sistem kehakiman yang menjadi antara tunjang keharmonian negara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana