Mat Sabu hidap penyakit gagap bila disoal tentang syiah.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen berhubung isu Syiah serta dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan ajaran tesebut.

Sebaliknya, Mohamad yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' menegaskan polemik tersebut sengaja ditimbulkan media arus perdana setiap kali tiba musim pemilihan parti.

Parti Islam pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan mengadakan muktamar tahunan dan pemilihan barisan kepimpinan pada November ini."Saya tidak mahu jawab mengenai Syiah, sebarang soalan...ini hanya permainan media, saya tidak mahu jawab."Tidak mahu menjawab apa-apa (mengenai Syiah)...sori," kata Mohamad ketika ditemui media di kediamannya di sini.

Sejak kebelakangan ini, isu Syiah timbul kembali dan Mohamad menjadi 'mangsa serangan' kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan ajaran itu.

Sebelum ini, Mat Sabu beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

Malah terdapat dakwaan Syiah sudah menular di beberapa pusat pengajian tinggi dan pemimpin PAS juga diresapi pengaruh mazhab tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana