MAS Tawar Diskaun Hingga 50 Peratus

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang promosi sehingga 50 peratus diskaun dalam rangkaiannya bagi tempoh perjalanan 19 Ogos, 2013 hingga 31 Mei, 2014.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata tempahan bagi tambang promosi berkenaan mulai sekarang hingga 25 Ogos.

Naib Presiden Kanan Kawasan Malaysia Muzammil Mohamad berkata promosi berkenaan merupakan lanjutan kepada hadiah sempena sambutan ulang tahun ke-40nya yang dilancarkan pada Oktober lepas.

“Selepas Aidilfitri, keluarga kini membuat rancangan untuk percutian hujung tahun sempena cuti sekolah pula,” katanya.

Menurut MAS, susulan pengenalan semula perkhidmatannya ke Dubai, syarikat penerbangan berkenaan akan menawarkan tambang promosi dari RM1,999 bagi tambang kelas ekonomi termasuk semua pergi balik dan RM5,999 bagi kelas busines.

Sempena pengenalan perkhidmatan ke Kochi pula, ia akan menawarkan tambang pengenalan dari RM1,099 bagi tambang pergi balik kelas ekonomi termasuk semua dan RM2,199 bagi kelas perniagaan.

Tambang itu bagi perjalanan mulai 1 September 2013 hingga 31 Mei, 2014, katanya.

MAS berkata bagi Darwin, tambang bermula dari RM1,399 bagi perjalanan pergi balik kelas ekonomi termasuk semua dan RM3,199 bagi kelas busines.

Tambang itu bagi tempoh perjalanan 1 November 2013 hingga 31 Mei, 2014, katanya.

bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana