Mary Yap tegur Junz Wong supaya berhenti dari terus menyesatkan rakyat

Seronok rasanya bila tengok pemimpin hingusan DAP seperti Junz Wong kena bedal oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap. Ini bukan kali pertama Junz Wong membuat kenyataan dan tuduhan tanpa kaji selidik.. Baru-baru ini Junz juga kantoi selepas menuduh Sabah port tidak cekap mengendalikan kapal-kapal kontena sedangkan ada banyak perkara atau sistem yang digunapakai oleh Sabah port sebenarnya tidak difahami oleh Junz. Dan sebelum ini juga Junz ada membuat tuduhan mengenai kewujudan kapal Vietnam di jeti SAFMA, namun apabila beliau gagal menunjukkan bukti, lantas beliau beralih pula kepada isu perkhidmatan air dan ais yang kononnya mahal di SAFMA.

Dalam ramai-ramai ahli politik pembangkang Sabah, nampaknya Junz Wong satu-satunya ahli politik yang paling pantas menerima gelaran Mr. Misleading (oleh Sabah Port) dan Mr. Misguided (oleh Mary Yap) sebaik berakhirnya PRU13. Jika satu gelaran sahaja yang dirangkulnya, kemungkinan ianya tidak memberikan sebarang impak kepada reputasi politik beliau.. tapi jika dua gelaran dalam masa kurang sebulan, rasanya rakyat juga faham dan dapat membayangkan bagaimana ahli politik DAP ini melakukan kerja-kerja turun padangnya.. Jesteru dengan kerja-kerja mengelirukan rakyat dan membohongi rakyat, masih layak kah ahli politik DAP ini mendapat kepercayaan rakyat?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana