Makin melampau cina dapig ni....

CUBAAN MENCINAKAN SEJARAH TANAH MELAYU DAN MELABELKAN MELAYU PENDATANG DI BUMI SENDIRI!

Baru sahaja saya habis menulis artikel mengenai Funan, terus saya berjumpa dengan post DI WALL FACEBOK DS NAJIB RAZAK yang cuba mengatakan bahawa KITA ORANG MELAYU SEBENARNYA PENDATANG! DAN MEREKA ORANG CINA SEBENARNYA ADALAH PRIBUMI di tanah Melayu ini.

Benarkah sedemikian? Selepas diselidik hujah yang dibangkitkan oleh saudari bernama Lee Kian Lee, ini ringkaskan hujah beliau berdasarkan beberapa faktor untuk mengatakan bahawa orang Melayu ini adalah pendatang:

1. Bahawa terdapat rekod Dinasti Sui yang mengatakan bahawa orang Funan itu adalah orang cina dan mendarat di Chih Tu lalu menubuhkan kerajaan.

2. Orang cina lebih awal daripada orang asli di Malaysia untuk menunjukkan bahawa mereka itu adalah penduduk asal.

3. BELIAU mencabar kita untuk membuktikan bahawa dakwaannya salah bahkan DENGAN BONGKAKNYA MAHU MAHKAMAH MENGESAHKAN DAKWAANNYA.

Tak perlu untuk ke mahkamah saudari, sebelum naik untuk berdepan dengan sejarawan-sejarawan yang hebat-hebat berdebat mengenai perkara ini, anda harus berdepan dengan kami para admin SSTDMM terlebih dahulu saudari. Kami akan MEMBOGELKAN HUJAH ANDA dalam perhujahan kami di dalam artikel ini.

Pertama, untuk mengatakan bahawa terdapat rekod Dinasti Sui mengatakan bahawa orang Funan itu adalah orang cina, kita harus meneliti apakah terdapat rekod sedemkian daripada Dinasti Sui dalam mengaitkan Funan, Chihtu dan China?

Setahu saya tiada pun rekod yang menceritakan mengenai Funan itu adalah orang China dan mengaitkan dengan Chih-Tu tetapi terdapat rekod daripada Dinasti Sui yang bercerita mengenai Kerajaan Chih-Tu. Rekodnya menceritakan bagaimana Dinasti Sui menghantarkan duta kepada Chih-Tu sebagai balasan duta yang dihantar oleh Kerajaan Chih Tu kepada mereka.

Juga rekod ini menceritakan perjalanan armada China ke Chih Tu dan dalam perjalanan, mereka juga menceritakan mengenai kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu seperti Langkasuka yang digambarkan sebagai sebuah kerajaan yang kuat.

Juga rekod Dinasti Sui juga mengatakan mengenai kerajaan Chih Tu, dan kehebatan sejarah Chih Tu. Sebagai contoh, rekod Sui ada mengatakan mengenai seorang raja yang mendiami sebuah Bandar yang sangat hebat gambarannya dengan beratus pintu dan tembok batu yang mengelilingi Bandar itu. [1]

Di mana rekod yang mengatakan tentang rekod Dinasti Sui yang mengatakan bahawa Funan adalah milik orang China? Oh ya? Anda kenal ke Funan ni apa atau sekadar baca di Wikipedia aje? Hehehehe… biar saya nak ajar anda sikit sejarah.

Bagaimana Funan ini milik orang cina sedangkan legenda mengenai berdirinya kerajaan ini hanya dalam lagenda milik orang Khmer dan Melayu (kerajaan Champa). Diceritakan dalam lagenda Khmer bahawa ketika Kaudinya melarikan diri daripada bapanya, Putera Kaudinya sampai ke sebuah pulau yang bernama Kok Thok atau dikenali sebagai “Land Of Tree” dan bertemu dengan Puteri Soma yang sebenarnya telah menghuni lama tanah ini. Lagenda “naga” yang cuba disampaikan di sini kononya adalah ular dalam bahasa Melayu kita dan ular ini telah membuatkan Kaudinya jatuh cinta kepadanya. Ayah kepada Puteri Soma itu, Raja Naga telah merestui perkahwinan Kaudinya dan anaknya, Puteri Soma. Raja Naga telah menghadiahkan sebuah tanah kepada Kaudinya dan Puteri Soma dan tanah itu dikenali sebagai Kerajaan Funan.


Untuk pengetahuan kisah ini sebenarnya pernah dicatatkan oleh K’ang T’ai, seorang utusan yang melawat China, beliau mengatakan bahawa kerajaan Funan itu asaskan oleh seorang raja bernama Kaudinya dan seorang puteri bernama Naga berdasarkan cerita-cerita yang didengarinya ketika berada di Funan dulu. [2]

Bagaimana orang cina tidak mengenali kisah kewujudan Funan padahal menurut anda bahawa kerajaan Funan ini adalah kerajaan orang cina? Jangan buat saya tergelak! Nak menipun agak-agaklah! Prasasti-prasati dalam kerajaan Funan tiada satu pun dalam BAHASA CINA! Ianya di dalam bahasa Sanskrit, Melayu, dan Khmer! Saya cabar Lee Kian Lee mempamerkan kepada saya mana-mana PRASASTI FUNAN DI DALAM BAHASA CINA! (Harap fahamlah apa tu prasasti ya sebab gaya anda bercakap macam orang pakar sejarah).

Seterusnya bukti mengatakan bahawa FUNAN itu adalah kerajaan Melayu ialah apabila kita membaca kisah awal di mana Kaudinya dikatakan mungkin berasal daripada India, Semenanjung Tanah Melayu ataupun Kepulauan di nusantara itu. Tetapi, jika mengatakan bahawa Kaudinya berasal daripada India, tiada pula rekod mengenai mana-mana tamadun India mendakwa bahawa Kaudinya itu berasal daripada tamadun mereka.

Namun, apabila kita mula menjenguk rekod sejarah di kawasan Asia Tenggara ini, maka kita akan mula mendapati terdapat sebuah dinasti yang mendakwa bahawa mereka adalah daripada keturunan Funan.

Menurut G.Coedes, beliau mengatakan bahawa kemungkinan besar bahawa Sailendra, sebuah keluarga Melayu yang memerintah Kepulauan Jawa di bawah naungan empayar Srivijaya adalah berasal daripada Funan itu sendiri. Hujah Coedes berasaskan gelaran “mountain king” yang digunakan oleh keluarga Sailendra sebenarnya merupakan gelaran yang telah digunakan oleh pemerintah dan raja-raja Funan sejak awal abad masihi lagi. [3] Dan Dinasti Sailendra ini ialah sebuah dinasti keluarga Melayu yang berada di bawah pemerintahan Empayar Srivijaya!

Turut sependapat dengan teori yang mengatakan bahawa Funan itu adalah diasaskan oleh orang Melayu ialah sejarawan yang bernama D.G.E Hall yang tegas mengatakan bangsa Melayu adalah pengasas kepada kerajaan yang lebih tua daripada Tamadun Yunani dan Rom ini. Menurut Hall, terdapat rekod China yang mengatakan bahawa kewujudan rumpun Austronesia di wilayah sekitar Funan dan terdapat bukti arkeologi di mana bangsa Melayu sudah lama mendiami dan menduduki pelabuhan Oceo yang merupakan pelabuhan terkenal Funan. [4]

Orang cina lebih awal daripada orang asli menunjukkan bahawa mereka adalah pribumi di tanah Melayu ini ya? Hahahaha… atas alasan apa? Atas alasan bahawa kononnya Chih Tu yang berdiri pada awal abad pertama masihi itu sebagai kerajaan Cina? HAHAHAHA… andai benar sekalipun dakwaan anda, kami orang Melayu dan Orang Asli telah duduk di sini rubuan tahun dahulu sebelum kerajaan Chih-Tu.

Menurut Early Kingdom of The Indonesian Achipelago and The Malay Peninsula tulisan Paul-Michel Munoz, golongan Negrito dan Australo-Melanesian adalah golongan terawal yang menduduki Malaysia sebelum suku Proto-Malay dan Deutro Malay yang berhijrah daripada kebanyakan tempat di Benua Austronesian ini membangunkan kerajaan-kerajaan mereka di sini. [5]

Sekarang, saya seorang sudah cukup untuk mematahkan setiap penipuan anda dengan bukti rujukan-rujukan daripada buku-buku sejarah di dunia. Sekarang, saya mahu bertanya anda yang kelihatan angkuh dengan mengatakan bahawa Funan itu cina, tampil dan berikan bukti anda!

Rujukan:

1. Journal of The Siam Society Vol. 84, Part 2 (1996). p. 56-71

2. Dr. Benudhar Patra, Kalinga and Funan : A Study in Ancient Relations, p. 33

3. M. Vickery. 2003–2004. Funan Reviewed: Deconstructing the Ancients. Bulletin de l' Ecole Francaise d' Extreme Orient p. 133

4. M. Vickery. 2003–2004. Funan Reviewed: Deconstructing the Ancients. Bulletin de l' Ecole Francaise d' Extreme Orient p.123

5. Paul-Michel Munoz. Early Kingdom of The Indonesian Achipelago and The Malay Peninsula. p.21, 29.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana