Macam Macam Ade: PAS KEDAH TINGGAL TAIK,,BERAK TAK CUCI, BN DI PERSALAHKAN....

ISU KUIN PAS PANDAI CAKAP SAJA,BUAT KERJA TAK TAHU Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Shukri shuaib menyifatkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar sebagai satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Mahfuz dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji melibatkan 268 kakitangan syarikat Insaniah Holdings Sdn. Bhd (IHSB), biarpun ia bukan tanggungjawab kerajaan negeri. IHSB adalah anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Menurut Shukri, permasalahan melibatkan IHSB berlaku ketika Kedah berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. "Ini juga satu cubaan untuk mencemarkan pentadbiran dan imej Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan juga merosakkan imej baik Datuk Muhkriz di mata rakyat Kedah. "Apa yang berlaku hari ini macam tunggakan gaji dan sebagainya adalah bermula daripada era pentadbiran PAS di negeri Kedah, yang mana KUIN sebelum itu tidak pernah mengalami krisis kewangan serta merosakkan imej universiti tersebut," katanya ketika dihubungi media. Syukri turut menyifatkan Mahfuz dan PAS sebagai pemimpin serta parti 'musang berjanggut'. "Mahfuz Omar ini jangan jadi musang berjanggut, hujung-hujung nanti tertangkap juga, jadi saya ingat kerajaan musang berjanggut dah lepas. Saya sifatkan kerajaan dulu sebagai kerajaan musang berjanggut kerana ada muslihat-muslihat tertentu sehingga dalam KUIN pun nak buat untung. "Ini tabiat mereka, berlagak alim tetapi tertangkap kerana cuba menodai peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya, mereka ini terperangkap dalam peti kejahilan," ujarnya lagi. Menteri Besar Kedah bagaimanapun memberitahu kerajaan negeri akan membantu mencari jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah kakitangan IHSB itu atas dasar ihsan. Namun beliau bertegas permasalahan IHSB itu bukan tanggungjawab pentadbirannya memandangkan syarikat itu bukanlah anak syarikat kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana