LIM GUAN ENG CUBA CABAR PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS)

Sekian lama disiasat akhirnya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah membuat keputusan agar DAP mengadakan semula Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP. Ini susulan daripada laporan dan siasatan yang disahkan dengan bukti kukuh bahawa DAP telah melanggar peraturan ROS seperti yang termaktub dalam undang-undang pertubuhan.

Susulan dengan itu, ROS telah meminta DAP mengadakan kembali CEC atau bertindak dengan lebih tegas dengan membatalkan DAP seperti yang termaktub dalam peraturan.

Namun, seperti yang diketahui ramai pihak Lim Guan Eng sama seperti bapanya Lim Kit Siang yang keras kepala. Malah dengan sombong dan angkuh Lim Guan Eng menyatakan DAP tidak akan tunduk dengan desakan ROS kerana beranggapan ada ‘tangan’ ajaib di belakang ROS.

Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng telah mengenakan dua syarat yang perlu dilaksanakan ROS jika mahu DAP menunaikan permintaan ROS. Kebiadapan Lim Guan Eng dalam hal ini semakin terserlah memandangkan keturunan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang degil.

Bagi bekas Naib Presiden DAP, Tunaku Abdul Aziz menyifatkan sikap Lim Guan Eng itu sebagai keterlaluan dan sombong. Ini jelas menggambarkan bagaimana Lim Guan Eng dan DAP tidak menghormati undang-undang kerana ROS merupakan pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab mengendali pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik.

Sepatutnya, Lim Guan Eng menyedari penubuhan DAP adalah di bawah bidang kuasa ROS dan sebagai sebuah parti yang dibarisi ramai Ahli Parlimen syarat yang diberi kepada ROS adalah tidak munasabah.

"Ini perangai orang samseng serta keras kepala (Guan Eng) dan ini juga sebuah parti (DAP) yang kononnya mahu membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Mereka cukup pandai kutuk kerajaan mengenai pengundi hantu dan pengundi Bangladesh, tetapi apabila berlaku kepada diri sendiri, boleh pula beri syarat itu dan ini, ini sikap dwi standard.

Sikap sebegini seolah-olah DAP yang berkuasa di Malaysia dan bukan ROS mahupun pihak berkuasa lain. Seharusnya Lim Guan Eng ini wajar diajar untuk menghormati orang lain dan bukannya tunjuk lagak samseng. Ini tidak harus dibiarkan dan wajar diajar bagaimana hendak menghormati orang sama ada dengan cara lembut atau sebaliknya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana