Lelaki kelar anak saudara sebelum cuba bunuh diri

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas lehernya dikelar oleh bapa saudara menggunakan pisau pemotong sayur, dalam kejadian di hadapan sebuah kuil di Taman Sri Reko, Kajang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, K. Yogiswari maut di tempat kejadian, manakala bapa saudaranya pula ditemui parah dengan kesan kelaran di leher, dipercayai cuba membunuh diri.

"Siasatan awal polis mendapati semasa kejadian suspek telah menarik keluar mangsa yang sedang menolong ibu saudaranya mencuci pinggan di rumah sebelum
suspek bertindak mengelar mangsa di hadapan kuil berhampiran rumah mereka.

"Tindakan itu pada mulanya cuba dihalang anak suspek namun gagal dan sejurus kejadian suspek terus bertindak mengelar lehernya sendiri di dalam sebuah bilik
di kuil itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ab Rashid berkata suspek yang berusia 59 tahun itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dirawat dan polis akan menahannya untuk membantu siasatan sebaik
sahaja dia pulih daripada kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana