Lagi...petisyen pembangkang keatas empat kawasan pilihanraya dimenangi BN ditolak

Sebanyak empat lagi kawasan pilihanraya di Johor kekal ditangan Barisan Nasional.Ini bila Mahkamah Pilihanraya di Johor Bharu Jumaat menolak petisyen pembangkang keatas kemenangan BN di Parlimen Ledang dan Pasir Gudang serta Dewan Undangan Negeri Nusa Jaya dan Gambir semasa pilihanrayan umum ke 13.

Kesemua petisyen itu ditolak dengan kos atas alasan kesemua pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 termasuk pempetisyen tidak mempunyai fakta atau butiran yang mencukupi bagi menyokong petisyen yang dikemukakan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim.Petisyen bagi kerusi Parlimen Ledang dan Pasir Gudang di failkan oleh PKR manakala serta kerusi DUN Nusajaya dan Gambir yang difailkan oleh PAS.Mahkamah mengarahkan setiap pempetisyen supaya membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Anggota Parlimen Ledang Datuk Hamim Samuri dan Anggota Parlimen Pasir Gudang Normala Abd Samad serta kepada responden kedua dan ketiga iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya kedua-dua Parlimen itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi DUN Nusajaya dan Gambir, mahkamah turut memerintahkan pempetisyen supaya membayar kos sebanyak RM25,000 kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar dan Adun Gambir M.Asojan serta Pegawai Pengurus Pilihan Raya kedua-dua DUN itu dan SPR.

Pihak responden diwakili peguam Syed Faizal Syed Abdullah dan Mohd Reza Abu Hassan manakala pempetisyen diwakili peguam Muhammad Yazid Mohamad Salim dan Rohana Ramli.

Peguam Kanan Persekutuan S.Narkunavathy pula mewakili responden kedua dan ketiga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana