Kuan Yew bidas Malaysia: Usianya sudah lanjut, kata Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian sinis terhadap pandangan bekas Perdana Menteri Singapure Lim Kuan Yew daripada Singapura yang mengkritik mengenai penyuburan Islam di Malaysia.

Katanya, dakwaan Lee bahawa Malaysia kononnya kini semakin ghairah menuju ke arah Islam yang lebih ortodoks dan tidak seiring zaman adalah pandangannya.

"Itu adalah pandangan dia. Setiap orang berhak menyuarakan pandangannya.

“Kita hidup dalam dunia… yang mengamalkan kebebasan bersuara , khususnya di Singapura," kata kata mantan Perdana Menteri itu.

Lee adalah pengasas Singapura yang memerintah negara itu lebih tiga dekad dengan undang-undang ketat terhadap kebebasan media dan hak bersuara.

Dasar kuku besi itu diteruskan oleh pengganti-pengganti Lee. Baru-baru ini Singapura memperkenalkan undang-undang bagi mengawal kandungan berita di portal-portal negara itu.

Dalam buku "One Man's View Of The World" itu, Lee mendakwa Malaysia semakin di bawah telunjuk negara-negara Arab, menyebabkan cara hidup Islam semakin menebal di negara ini.

Beliau juga menyatakan kesangsiannya bahawa Malaysia berupaya menjadi sebuah negara Islam yang progresif.

Mahathir berkata pandangan itu datang daripada seorang yang sudah berusia 90 tahun dan "kita patut memberi kelonggaran kepada beliau"

"Kita patut memberikan kelonggaran kepada mereka yang sudah lanjut usianya. Saya juga berharapkan demikian untuk diri saya. Saya berusia 88 tahun," kata Mahathir yang menjadi Perdana Menteri lebih dua dekad sebelum berundur pada 2003.

"Kita hidup dalam dunia… yang mengamalkan kebebasan bersuara , khususnya di Singapura," kata Mahathir.

Lee adalah pengasas Singapura yang memerintah negara itu lebih tiga dekad dengan undang-undang ketat terhadap kebebasan media dan hak bersuara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana