Komunis: Pemuda Umno Tak Hipokrit


Pemuda Umno menyangkal dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang mereka hipokrit kerana gagal mengecam ketua mereka Khairy Jamaluddin yang jalin perhubungan dengan komunis.

Khairy berkata, dakwaan itu dibuat kerana perjanjian ditandatangani antara Pemuda BN dan Liga Pemuda Komunis China.Menurutnya, dakwaan itu sebenarnya menggambarkan Guan Eng tidak tahu membezakan antara komunis pelampau, iaitu Parti Komunis Malaya yang kejam dan perjanjian bagi hubungan diplomasi.“Kita tak hipokrit. Kita meterai perjanjian itu dengan kerajaan memerintah di negara China sebagai hubungan diplomasi antara parti pemerintah di Malaysia dan juga parti pemerintah di China.

Ini jauh bezanya.“Parti Komunis Cina pun dah melalui pelbagai perubahan dari zaman perang dingin dan sebagainya. Di China hari ini, tak sebut lagi soal sistem komunis kerana ia lebih kepada pasaran terbuka,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin di Surau Besar Sungai Serai Kampung Semerbok, dekat sini, petang kelmarin.Khairy berkata, Guan Eng sengaja buat tuduhan, sedangkan beliau tidak beri komen berasas sensitiviti majoriti rakyat negara ini."Komen tentang perkara ini (menunjukkan beliau) hanya cuba mengelirukan rakyat dengan pembandingan yang tidak sesuai.

Ini memperlihatkan fikiran beliau amat cetek kerana tidak tahu buat perbezaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana