KIT SIANG NYANYUK TERKENCING KENA BALUN!!!

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmat Ishak berkata Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya tidak menuding jari kononnya ROS membuat pendakwaan terpilih terhadap parti itu yang diarahkan semula untuk mengadakan semula pemilihan jawatankuasa pusat (CEC).

"Saya menasihatkan Lim Kit Siang supaya membuat persediaan bagaimana hendak menghadapi situasi sekarang ini.

"Saya mencadangkan Lim Kit Siang mengambil satu tindakan mahkamah terhadap ROS jika benar-benar ada bukti untuk semakan hakiman supaya siapa yang harus menerima hukuman sebenar, sama ada ROS yang silap mahupun DAP yang silap, itu lebih baik," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi sebentar tadi.

Kit Siang hari ini mencabar Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman untuk mengadakan satu siasatan awam ke atas CEC DAP dalam usaha untuk mencari alasan yang boleh diterima bagi membolehkan DAP mematuhi arahan untuk mengadakan pemilihan baru CEC itu.

Malah Kit Siang menggesa ROS tidak menyalahgunakan kuasa dan bertindak sewenang-wenangnya. Kit Siang elak pemilihan semula

Bagaimanapun Rahmat menyelar tindakan Kit Siang yang dilihat cuba melarikan diri daripada memberi jawapan terhadap surat yang dikemukakan ROS untuk mengadakan pemilihan semula.

Tambahan pula desakan untuk mengadakan semula CEC ini dibangkitkan sendiri oleh ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan CEC pada Disember tahun lalu.

"Siasatan awam sepatutnya tidak ada dalam peruntukan ROS, kalau ada, ROS sudah mengadakan siasatan awam ini sebelum 17 April lalu yang mengatakan mereka tidak perlu mengadakan CEC semula.

"Dan saya yakin ROS membuat satu keputusan untuk mengarahkan DAP mengadakan semula CEC DAP tanpa campur tangan daripada pihak-pihak lain," katanya.

Beliau turut menyifatkan dinasti Lim itu sekarang tidak keruan ekoran terperangkap dengan mainan sandiwara politik mereka sendiri.

"Lim Kit Siang dan keluarga sekarang sudah tidak ada arah, selain melakukan satu tindakan provokasi terhadap ROS dengan alasan mendapat imbuhan daripada rakyat kononnya keluarga Lim ini dianayai oleh agensi kerajaan pusat," katanya.

Rahmat turut meminta Kit Siang dan Guan Eng mengkaji semula sejarah jika benar ROS memilih bulu dalam penghakiman mereka, sedangkan ROS sebelum ini pernah mengharamkan Umno pada 1987.

"Mereka (ROS) bertindak sebagai satu badan yang diberi amanah di mana di bawah naungan mereka semua parti-parti politik tanpa mengira parti-parti politik yang mana pun.

Ini terjadi pada tahun 1987 apabila Umno sendiri diharamkan. Cuma bezanya Umno diharamkan melalui mahkamah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana