Khalwat: Sarjan tentera kantoi

KLUANG - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dicekup Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) selepas didapati berkhalwat bersama kekasih gelapnya di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.

Meskipun tinggal di Johor Bahru, lelaki terbabit sanggup meninggalkan keluarganya di rumah semata-mata untuk bersama dengan wanita berkenaan yang dikenali di pasar malam, sejak enam bulan lalu.

Ketika serbuan, pasangan terbabit hanya memakai tuala untuk menutup badan seterusnya memberi alasan baru memasuki bilik hotel berkenaan.

“Kami baru sahaja masuk bilik ini 15 minit lalu. Tak ada buat apa pun, tolonglah lepaskan saya kerana saya sudah berkeluarga ada dua anak.

“Tolong jangan beritahu isteri saya kerana dia hanya tahu saya ke lokasi lain bersama kawan dan bukan ke sini,” katanya ketika merayu kepada pihak JAJ supaya tidak menahannya dalam  serbuan berkenaan.

Bagaimanapun, rayuan dibuat tidak diendahkan, dan JAJ bertindak terus menahan pasangan terbabit atas kesalahan berdua-duaan di dalam bilik bersama pasangan bukan muhrim.

Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk laporan tangkapan sebelum dijamin keluarga masing-masing.

“Mereka akan didakwa di bawah seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa kepada hukuman denda maksima RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Pasangan terbabit juga dikehendaki membuat laporan semula ke Pejabat Agama Kluang pada hari ini (semalam) untuk diambil keterangan,” katanya.

Operasi melibatkan 10 anggota Bahagian Penguatkuasa JAJ daerah Kluang dan Batu Pahat itu bermula jam 11 malam itu berakhir kira-kira jam 4.30 pagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana