KHALID GEREJA DIBIDAS, CUBA SELINDUNG SYIAH DALAM PAS!!!

Bekas Presiden ABIM Dr Yusri Mohamad kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menganggap isu Syiah yang menular di negara ini sekarang adalah propaganda politik Umno.

Katanya, sebagai pemimpin parti Islam, Khalid sewajarnya membantu membendung penyebaran ajaran sesat itu demi menjaga perpaduan ummah di negara ini dan bukannya membuat kenyataan berbentuk politik untuk kepentingan peribadinya.

"Cukup-cukuplah... Pemimpin macam beliau memang tidak patut disokong menjadi pemimpin dalam parti Islam. Saya rasa sikap Khalid Samad perlu disanggah dan ditegur oleh pemimpin-pemimpin dan ulama dalam PAS.

"Jika tidak nampak seperti PAS tidak bertegas dalam soal Syiah jika kenyataan seumpama itu tidak ditegur alim ulama PAS yang lain. Semua orang yang faham agama (mengikut) Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk PAS wajib menyanggah kenyataan beliau.

"Beliau pemimpin PAS, kenyataannya salah. Jika tidak ditegur ia membayangkan seolah-olah ini pandangan PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini hari ini.

Khalid, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat semalam berpendapat isu Syiah sengaja ditimbulkan baru-baru ini sebagai propaganda Umno untuk melaga-lagakan umat Islam di Malaysia.

Beliau berkata tindakan berkenaan adalah strategi Umno untuk mengekalkan kekuasaan mereka.

Apa nak heran dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang mana nak mengakui kesilapan diri sendiri. Diorang akan cari jalan untuk salahkan orang lain jugak!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana