Kes tembak adalah harga kepada kebebasan – Tun M

KUALA LUMPUR- Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat peningkatan kes tembak di negara ini sebagai harga kepada kebebasan yang perlu dibayar.

Beliau berkata, untuk menikmati kebebasan bersuara misalnya, seseorang individu perlu menerima hakikat bahawa dirinya berhadapan dengan risiko untuk dibunuh.

“Setiap hari sekarang ini kerap ada kes tembak. Tapi itu adalah harga bagi kebebasan. Harga kebebasan, justeru perlu terima yang untuk dibunuh.

“Kita tak boleh mencegah jenayah daripada berlaku. Perlu tunggu jenayah berlaku dahulu baru mengambil tindakan,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas mengenai pergolakan yang berlaku di Mesir serta kemungkinan perkara itu berlaku di Malaysia.

“Tapi saya rasa rakyat Malaysia adalah kurang emosional,” ujar Dr Mahathir.

Sementara itu, Dr Mahathir juga turut mengulas mengenai isu fahaman Syiah yang semakin mendapat perhatian di negara ini yang boleh mengundang perpecahan sesama umat islam.

“Kita ada cara lain untuk mengendalikan kes berkenaan. Di Malaysia, kita orang muslim telah berpecah kepada dari segi politik, sekarang Syiah dan Sunni, kenapa kita perlu ada perbezaan tentang Islam,” katanya.

Tambahnya, tindakan melabelkan fahaman berlainan itu sepatutnya tidak berlaku kerana Malaysiasemua masyarakat Islam di Malaysia adalah pengikut Sunni dan mengikut mazhab Syafie.

“Jadi kita tak perlu bergaduh. Tapi sekarang dibawa kepada politik, dan fahaman lain hanya untuk memecah-belah muslim dan Isreal akan bertepuk tangan kerana ia berlaku juga di Malaysia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana