Kereta dilempar bom: Pegawai bank, rakan terselamat

PULAU PINANG 12 Ogos - Seorang pegawai bank bersama rakannya terselamat walaupun kereta dipandunya dilempar bom buatan sendiri oleh individu tidak dikenali di Love Lane hari ini.

Mangsa, Ong Kok Kwang, 23, ketika itu dalam perjalanan pulang ke pejabatnya selepas makan tengah hari di kawasan berhampiran pusat bandar.

Dia kemudian menyedari kenderaannya diekori sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina sejak dari Lebuh Farquhar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, sejurus menyedari diekori, Kok Kwang membelok masuk ke Love Lane yang juga merupakan kawasan tumpuan pelancong asing.

"MPV dinaiki dua lelaki termasuk seorang dipercayai warga Indonesia itu kemudian terus menghimpit kereta Honda Civic yang dipandu mangsa.

"Pegawai bank itu kemudian memberi ruang kepada kereta berkenaan untuk memotongnya namun dia terkejut apabila suspek bertindak melanggar bahagian belakang keretanya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kok Meng berkata, mangsa yang ketakutan tidak memberhentikan kenderaannya dan ketika itu dia nampak seorang lelaki yang duduk di sebelah pemandu membuka cermin tingkap dan melempar bom buatan sendiri ke arah bahagian belakang keretanya.

"Tiba-tiba, bumper kereta mangsa terjatuh dan pecah serta bunyi letupan menggegarkan kawasan berkenaan. Mangsa kemudian memecut keretanya sehingga ke Jalan Burma namun dikejar oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri selepas melihat kereta polis peronda di situ," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana