KERANI BUKAN SASARAN, CEMBURU DAN DENDAM MOTIF LETUPAN BOM DI TUMPAT

Kuala Lumpur, 16 Ogos - Siasatan awal polis terhadap suspek dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad lepas, menunjukkan kerani sekolah yang maut dalam kejadian itu bukan sasaran sebenar.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Kita tidak menolak kemungkinan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya.

Ekoran kejadian itu polis menahan reman seorang sarjan tentera berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.

Mazlan berkata pasukan khas yang ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, telah memanggil isteri suspek dan anggota PGA berkenaan bagi memberi keterangan dan yakin kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana