Kerajaan naikkan kadar BR1M tahun depan....Alhamdulilah Kepada Rakyat Malaysia...Janji Ditepati

IPOH 10 Ogos - Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya, perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

"Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana