Kerajaan Kedah bayar gaji kakitangan KUIN - Mukhriz...Alhamdulilah MB KEdah Mendengar Rintihan Rakyat

Dakwaan pihak tertentu kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah tidak membayar gaji kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah tidak benar.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir menjelaskan, semua kakitangan KUIN dibayar gaji kecuali kakitangan Insaniah Holdings (IHSB).

Ini kerana syarikat swasta itu mengendalikan kuliah secara tidak sah atau tanpa perjanjian, kata Mukhriz kepada Agendadaily.

Beliau diminta mengulas tuntutan berpanjangan kakitangan IHSB yang mendakwa kerajaan Kedah tidak membayar gaji mereka sejak tiga bulan lalu.

Harakahdaily melaporkan tulisan seorang staff IHSB yang mendakwa mereka teraniaya dan kerajaan baru mahu cuci tangan dalam isu tersebut.

Menurut Mukhriz, kerajaan negeri tiada kaitan dengan isu tersebut tetapi didesak membayar gaji kakitangan yang diambil bekerja tanpa mengikut kadar ditetapkan bagi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Ketika kerajaan BN dahulu, hanya RM7 juta dibelanjakan untuk KUIN tetapi sejak diperintah PAS, perbelanjaan meningkat RM17 juta setahun termasuk membiayai IHSB,” tegasnya.

Agendadaily difahamkan kos penggajian kakitangan IHSB sahaja kira-kira RM1.2 juta sebulan kerana ada menerima gaji lebih RM30 ribu sebulan.

IHSB ditubuhkan ketika kerajaan PAS Kedah kononnya bertujuan menguruskan servis kepada pelajar-pelajar KUIN selain jangkaan memberi keuntungan dan pulangan kepada kolej itu tetapi sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana