KELIRU : Antara Dr Maza Dan Noh Gadut Isu Surau Diguna Upacara Agama Lain

Dr Asri Zainul Abidin menulis di Facebook beliau berkenaan kenyataan Noh Gadut sebelum ini yang surau di Tanjung Sutera Resort di Johor mungkin dirobohkan kerana penganut Budhha menjalankan aktiviti keagamaan mereka di surau berkenaan.

..dalam sejarah Islam sejak zaman sahabat Nabi s.a.w banyak gereja yang ditukar menjadi masjid..di Eropah terdapat gereja-gereja yang dijual kepada umat Islam lalu dijadikan masjid..di Malaysia, hanya kerana satu upacara ibadah agama lain, surau nak dirobohkan kononnya dah tidak boleh digunakan..mentaliti cara faham agama kita perlu dikemaskinikan..

Sebelum ini Noh Gadut yang juga Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor pernah berkata,

“Tujuan Pekeliling ialah supaya semua pengusaha dan pemilik pusat peranginan di negeri ini mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam penyediaan dan pembinaan rumah ibadat sekaligus menentukan arah kiblat supaya tidak wujud lagi masalah kiblat terpesong dan sebagainya.”

Sinar Harian juga sebelum ini melaporkan, atas keprihatinan Sultan Johor, Noh Gadut mengandaikan kemungkinan besar surau di pusat peranginan di Sedili Besar, Kota Tinggi yang mencetuskan kontroversi kerana membenarkan penganut agama lain beribadat dalam surau itu akan dirobohkan.

Inilah yang membuatkan orang ramai menjadi bertambah keliru....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana