Keadaan di Mesir makin bahaya...operasi bawa pulang pelajar Malaysia bermula malam ini -PM

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan satu sidang akhbar mengejut sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka Ketua Setiausaha negara Tan Sri Ali Hamsa di Putrajaya jam 5.30 petang Selasa.

Ia bertujuan untuk umum keputuan kerajaan untuk memulakan operasi membawa pulang 3,300 pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir.

Perdana Menteri memberitahu ikut laporan Majlis Keselamatan Negara (MKN) keadaan di negara itu bertambah serius dan merbahaya.

Katanya mereka akan dibawa pulang mengunakan apa jua pesawat komersial yang beroperasi di sana.

Ini bermakna apa jua tiket yang ada akan ditempah untuk mereka.

Ketua Pengarah MKN Datuk Thajuddeen Wahab kini berada di Kaherah untuk memantau situasi krisis di Mesir.

Sementara itu diminta mengulas memorendum dari PAS agar kerajaan mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat untuk bincang mengensi isu Mesir,Najib kata tidak perlu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana