Karpal pula gesa Anwar, Hadi isytihar harta...Ini Mainan Wayang PR

GEORGETOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh mahu semua pemimpin pembangkang menjejaki tindakan ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang dan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang mengisytiharkan harta mereka.
Portal mesra pembangkang, Malaysiakini memetik beliau berkata dirinya bersedia membuat demikian tetapi pada masa yang sama mahu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengisytiharkan harta masing-masing.
Selain itu, Karpal juga dilaporkan berkata, semua wakil rakyat Pakatan Rakyat, termasuk exco, ADUN, ahli parlimen serta ahli majlis perbandaran mesti juga berbuat demikian.

"Saya penyokong kuat perkara ini. Sebagai pemimpin, kita mesti bersedia untuk kehidupan kita diteliti oleh orang ramai dan pengundi apabila kita memegang jawatan awam," kata Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

"Saya bercakap bagi pihak DAP, Setiausaha Agung harus mengarahkan semua exco negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan dipilih untuk mengisytiharkan aset mereka," katanya yang dipetik portal itu.

Menurut Karpal, beliau menunggu Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menetapkan tarikh supaya beliau boleh mengisytiharkan hartanya secara terbuka kepada umum.

"Beliau tidak menuntut saya berbuat demikian tetapi saya menunggu beliau untuk menetapkan tarikh supaya saya boleh mengisytiharkan harta," kata Karpal pada sidang medianya di sebuah kedai kopi di sini.

Karpal mengulangi kesediaannya untuk mengisytiharkan harta tetapi berkata beliau tidak akan melayan sebarang tuntutan daripada "individu tidak penting dan tidak relevan" untuk berbuat demikian.

Baru-baru ini, Pengerusi Kerusi Undang-Undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon mendesak Anwar dan Karpal mengisytiharkan harta masing-masing bagi membersihkan nama mereka berdua daripada dikaitkan dengan surat misteri yang diedarkan kepada penduduk Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana