Karpal Marah Beb...Uruskan 'rumah' sendiri dulu, kata Karpal kepada Kuan Yew

GEORGETOWN: Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew sepatutnya menguruskan 'rumahnya sendiri' sebelum mengulas hal pihak lain, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.
 
Menurut beliau, meskipun Lee mempunyai hak untuk memberi pendapatnya, namun beliau harus terlebih dahulu melihat masalah dalam partinya - PAP.
 
Katanya, pada pilihan raya umum Singapura yang lalu, PAP telah hilang enam kerusi dan dua lagi kerusi semasa pilihan raya kecil.
 
"Komen beliau bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh mentadbir negara dengan berkesan jika menang di peringkat pusat adalah tanapa asas.
 
"Seperti biasa, Lee mahu suara dan pendapatnya yang paling utama di rantau ini. Saya fikir sudah tiba masanya bagi beliau meninggalkan kepimpinan negara kepada orang lain," katanya pada sidang medianya di sini, hari ini.
 
Karpal berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lee dalam buku terbarunya yang berjudul  'One Man's View of the World', bahawa Pakatan rakyat tidak mampu mentadbir Malaysia.
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana