Kanak-Kanak Perempuan Lima Tahun Didera Dengan Kejam Kini di ICU...

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipercayai dipukul dengan kejam oleh ibunya di Taman Wang, Menglembu, kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan pada petang Jumaat.

Beliau berkata terdapat kesan calar dan dipukul pada seluruh tubuh dan kepala kanak-kanak berkenaan.

"Dia kini di rawat di ICU. Siasatan berhubung perkara ini sedang dijalankan," katanya.

Sum berkata ekoran laporan yang dibuat, polis kini menahan ibu bapa mangsa di rumah mereka pada pukul 1.30 petang.

Kanak-kanak malang itu di bawa ke hospital oleh ayahnya yang berusia 39 tahun.

Difahamkan mangsa dipukul oleh ibunya yang berusia 30 tahun kerana sangat nakal.

Polis kini menyiasat kes berkenaan atas kesalahan mendera kanak-kanak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana