Kalimah Allah: Rakyat dan ahli Umno akan tinggalkan parti - PERKASA

Admin Ingin berkata habis Perkasa mahu masuk parti PAS atau PKR?Kedua dua parti ini jugak menyokong usaha Kalimah ALLAH Diguna pakai oleh Kristian.UMNO jugak bergantung kepada Ahlinya saja untuk membantahnya kalau perbagai tekanan dari pelbagai penjuru..selama mana boleh bertahan.Pemimpinan PAS  pun kata diboleh pakai dan PKR tak usah cakap lah.Siapa lagi nak membantu UMNO dalam hal ini...NGO lah...bukan bagi tekanan begini.

SHAH ALAM: Jika keputusan Mahkamah Rayuan pada Khamis ini membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan masyarakat bukan Islam, tidak mustahil rakyat akan mula menolak kerajaan Umno BN, demikian tegas Syed Hassan Syed Ali.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu juga tidak menolak kemungkinan ada pemimpin parti itu turut mengangkat kaki sekiranya kerajaan persekutuan gagal mempertahankan kesucian agama Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini.

"Saya tidak hairan jika ramai umat Islam akan menolak kepimpinan Umno selepas ini dan begitu juga ahli-ahli Umno sendiri akan meninggalkan aprti yang selama ini diharapkan dapat menjamin kepentingan Islam tetapi gagal.

"Pastinya mereka akan merasakan buat apa lagi menjadi ahli parti yang masih berkuasa tetapi tidak boleh mempertahankan kalimah Allah SWT.

"Jika ada pemimpin atau ahli Umno kecam kenyataan saya ini, saya ingin bertanya balik, apakah perjuangan Umno sebenarnya?," soalnya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat PERKASA untuk mengadakan himpunan aman pada Khamis ini di hadapan Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Turut menyertai PERKASA adalah beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mahkamah Rayuan pada Khamis akan mengumumkan keputusan perbicaraan bersabit kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan Katholik The Herald.

Ditanya apakah tindakan susulan PERKASA sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada umat Islam di negara ini, Syed Hassan berkata pihaknya mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.

"Tunggu dan lihat. Apa yang saya rasakan pastinya ramai umat Islam akan resah kerana pelbagai ancaman kepada kepentingan Islam terus menjadi-jadi lagi.

"Saya bukan mahu atau mendesak kerajaan mencampuri urusan mahkamah tetapi ini adalah pendapat saya yang sudah lihat kerajaan BN di bawah Umno sekarang sudah begitu lemah untuk mempertahankan kesucian Islam hampir 10 tahun," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana