Kalimah Allah: PERKASA anjur himpunan aman Khamis ini

SHAH ALAM : Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan menganjurkan satu perhimpunan aman di perkarangan Mahkamah Rayuan Putrajaya Khamis ini sebagai tanda sokongan umat Islam terhadap agama Islam yakni agama rasmi negara.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim ketika dihubungi Antarapos berkata perhimpunan tersebut bukanlah bertujuan menimbulkan kekecohan, sebaliknya mengingatkan semua pihak agar memahami dan menghormati peruntukan berkenaan.

"Berhimpun untuk menyatakan sokongan kita, bukan demonstrasi.

"(Himpunan Khamis ini bertujuan untuk) Menyokong peruntukan di dalam perlembagaan yang menyatakan Islam adalah agama Persekutuan dan kalimah Allah adalah kalimah suci untuk orang-orang Islam.
"Kita tidak berhajat untuk menimbulkan huru-hara, cuma kita nak timbulkan kesedaran di kalangan orang Islam bahawa kita kena bersatu-padu untuk mempertahan kalimah suci Allah SWT," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Ditanya apakah tindakan PERKASA seandainya keputusan yang akan diumumkan itu nanti tidak memihak kepada umat Islam, Ruslan menegaskan pihaknya tidak akan berdiam diri sebaliknya akan membawa isu berkenaan ke peringkat yang lebih tinggi agar masyarakat di negara ini sedar bahawa penggunaan kalimah Allah adalah mutlak bagi masyarakat Islam sahaja.

"Apapun keputusan yang akan diumumkan nanti...sama ada pro atau kontra, kita telah bersiap sedia dari awal lagi untuk kita berhimpun bagi mendengar keputusan itu nanti.

"Jika keputusan bertentangan (membenarkan penggunaan kalimah), kita akan memohon rayuan dibuat ke peringkat mahkamah yang lebih tinggi," tegasnya kepada Antarapos.

Himpunan mempertahankan kalimah Allah Khamis ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu JATI, MUAFAKAT dan PEMBELA.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini merampas 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang kerana didakwa telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.

Malah, isu tersebut hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama serta beberapa gereja juga turut diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran.

Selain itu, beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan manakala kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid semuanya dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam timbul kembali selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah itu di dalam Bible.

Lebih mengejutkan, PAS bersama majlis pimpinan pakatan pembangkang yang bersetuju kalimah Allah digunakan oleh penganut semua agama dalam mesyuarat mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana