Kabinet tolak syor peminjam PTPTN dirujuk CCRIS

SHAH ALAM: Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menurut  Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, perkara itu diputuskan atas dasar mengambilkira pandangan pelbagai pihak yang memberi respon terhadap isu ini yang dibangkitkan pada Isnin lalu.

"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih pada PM & menteri-menteri pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy dalam laman mikro twitternya pagi ini.

PTPTN sebelum ini berhasrat akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat banyak tentangan terutamanya di kalangan peminjam yang dihimpit dengan bebanan sara hidup yang tinggi terutamanya kepada mereka yang baru mendapat perkerjaan.

Malah Pemuda Umno turut menyatakan bantahan terhadap langkah terbaru kementerian pelajaran yang mahu menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah CCRIS.

Ketuanya, Khairy berkata langkah itu akan membebankan peminjam dana tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana