Jawapan Balas Suaram, Bukti Jelas Anwar Penipu

SEMUA orang tahu kaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan model Mongolia Altantunya Shaariibu ini adalah satu filem cereka arahan Anwar Ibrahim bagi menggagalkan Najib dari menjadi Perdana Menteri pada 2008.

Bila Najib tetap menjadi Perdana Menteri seperti mana takdirnya dan kaitan beliau dengan pembunuhan itu pun tidak langsung boleh dibuktikan, maka kisah ini digoreng dengan cara yang lain pula sehingga ke satu tahap kononnya kes ini telah pun diperingkat pendakwaan oleh Mahkamah di Perancis.

Kononnya ada sapina telah dikeluarkan untuk memanggil beberapa orang dari Malaysia. Sapina hanya dikeluarkan di peringkat pendakwaan, bukan diperingkat siasatan dan ini juga terpakai kepada sistem di Perancis walaupun di negara itu, hakim pun boleh menyiasat juga.

Tapi setakat itu sahajalah perbezaan, dari segi pengeluaran sapina, ia adalah standard sama yang digunakan di seluruh dunia – dikeluarkan untuk dipanggil pada hari perbicaraan.

Bagaimanapun buat pertama kali, dalam sidang media kelmarin untuk membalas kenyataan ketua perunding projek perolehan Scorpene ini, Jasbir Singh Charl dalam akhbar NST minggu sudah, Suaram tampil dengan pengesahan bahawa kes ini sedang berada dalam peringkat siasatan dan Altantunya juga bukan penterjermah bagi pihak pasukan perunding Malaysia.

Ini berlawanan dengan banyak kenyataan Suaram sebelum ini mengenai pengeluaran sapina dan kononnya kes ini sudah di peringkat pendakwaan. Begitu juga dengan peranan Altantunya dalam pasukan perunding Malaysia sebagai penterjermah, juga ada disebutkan Suaram, cuma sekarang mereka nafikan pulak.

Biasalah, drama Tamil.

Hakikatnya, Kalau Altantunya tidak ada dalam pasukan perunding Malaysia untuk perolehan kapal selam itu, bagaimana pulak kematiannya boleh dikaitkan dengan perolehan tersebut? Ini logik mudah.

Jadi benarlah kata Jasbir, Altantunya ialah masalah Razak Baginda dan masalah dia seorang. Mendiang tidak pernah terlibat dalam rundingan perolehan kapal selam tersebut dan dengan itu kaitan yang mengatakan Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan tersebut adalah semata-mata pembohongan Anwar Ibrahim yang disebarluaskan oleh Suaram.

Begitu juga dakwaan Suaram kononnya Jasbir dikeluarkan dari pasukan perunding sebelum ianya selesai juga adalah taktik untuk mengikis kredebiliti beliau. Sebetulnya Suaram tak tahu pun siapa dalam pasukan perunding tersebut dan hanya bermodalkan maklumat yang dibekalkan peguam mereka di Perancis, sebab itu depa ‘tembak’ saja Altantunya jadi penterjermah.

Sama macam depa ‘tembak’ Jasbir dikeluarkan dari pasukan rundingan sekarang.

Disamping cuba mengalihkan perhatian rakyat dari pembohongan yang dibawa mereka kononnya perolehan itu diselubungi dengan skandal yang membawa kepada pembunuhan Altantunya dimana Perdana Menteri di dakwa terlibat.

Yang orang tahu, kalau Jasbir tidak penting (dikeluarkan sebelum rundingan berakhir), kenapa namanya disebut Suaram sendiri akan dipanggil menjadi saksi oleh Mahkamah Perancis? Malah, sapina ke atas Jasbir juga dikatakan Suaram sudah dikeluarkan Jun tahun lepas lagi, tapi tak sampai-sampai walaupun lebih setahun berlalu.

Pendek cerita macam inilah, penerangan Jasbir dan jawapan balas bercanggah Suaram, hanya membersihkan imej Datuk Seri Najib yang teruk difitnah Anwar dan kuncu-kuncunya selama ini.
MyKmu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana