Isu SK Sri Pristana: Noh cabar bawa ke Parlimen

SHAH ALAM - Ahli Parlimen pembangkang yang masih mempertikaikan isu murid bukan Islam makan di bilik persalinan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana dicabar untuk membawa isu berkenaan ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, M Kulasegaran (DAP - Ipoh Barat) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR - Bandar Tun Razak) masih tidak berpuas hati dan membuat kenyataan di laman sosial mengenai isu itu.

"Bagi saya mereka umpama ayam berkokok di tempat yang salah tetapi berlagak cuba menjadi hero. Saya cabar mereka berdua supaya membawa isu ini ke Parlimen pada sidang akan datang. Tak perlu Menteri Pendidikan yang jawab, saya akan berdepan dengan mereka," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Kulasegaran yang dilaporkan dalam sebuah portal web yang mendesak agar Guru Besar SK Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor diambil tindakan disiplin kerana mendakwa telah mengugut pelajar sekolah berkenaan.

Sementara Abdul Khalid mahu Mohamad Nasir mengambil contoh tindakan Guru Besar Sekolah Menengah Alam Megah Yati Dani, yang secara peribadinya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelajar selepas membuat kenyataan perkauman semasa perhimpunan sekolah.

Noh yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, sekiranya Kulasegaran dan Abdul Khalid tidak mahu membangkitkan isu ini dalam Dewan Rakyat, beliau sendiri akan berbuat demikian dalam ucapan Belanjawan, Oktober ini.

Mempertahankan tindakan Mohamad Nasir yang didakwanya tidak bersalah, Noh berkata, tuduhan bahawa murid-murid tersebut makan di dalam `tandas’ sahaja sudah menunjukkan satu pembohongan yang jelas.

"Fikirlah secara rasional mengapa isu ditimbulkan dalam bulan Ramadan lalu. Sedangkan bilik persalinan tersebut telah digunakan sejak Mac lagi," katanya.

Noh sebelum ini mendesak agar individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai murid bukan Islam makan di bilik persalinan SK Seri Pristana, sehingga menimbulkan polemik perlu didakwa mengikut Akta Hasutan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana