Isu Panas Ni....Adun DAP Sabah Mungkin Keluar Parti

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sabah - Luyang, Hiew King Cheu berkira-kira untuk meninggalkan parti sebagai wakil bebas.

Hiew berkata, beliau kini mendapatkan maklum balas daripada para penyokongnya untuk melihat apakah langkah terbaik yang perlu diambil sekiranya beliau meninggalkan DAP.

"Rakyat telah menyokong saya dan sekiranya saya tidak memberi sebarang pembangunan kepada kawasan saya, maka lima tahun sehingga pilihan raya umum yang akan datang tanpa sebarang pembaharuan akan membazirkan masa dan kerugian buat rakyat," kata bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu.

"Saya menerima beberapa maklum balas daripada para penyokong dan kebanyakan mereka menasihatkan saya supaya keluar (parti) dan mencari alternatif untuk melakukan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat," jelasnya.

Hiew, yang juga merupakan Penasihat DAP Sabah berkata, peluang untuk mengubah kerajaan seperti yang diharapkan sebelum pilihan raya pada 5 Mei lalu kini tidak lagi boleh berlaku.

"Lima tahun merupakan tempoh yang panjang dan daripada saya tidak berbuat apa-apa dan berpendirian dalam parti sendiri, adalah lebih baik saya mempertimbangkan pilihan yang terbaik untuk rakyat," katanya, sambil menambah ia tidak semestinya bermaksud beliau perlu menyertai Barisan Nasional.

"Saya masih lagi menunggu lebih banyak maklum balas. Saya tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan," katanya.

Masalah dalaman DAP Sabah mulai timbul apabila empat Yang Berhormat (YB) membuat aduan kepada lembaga disiplin DAP supaya mengambil tindakan terhadap Hiew kerana menyokong Datuk Lajim Ukin - calon atas tiket PKR, berbanding ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing untuk jawatan ketua pembangkang pada Jun lalu.

"Beberapa teman cuba 'membunuh' saya dari dalam, tetapi tidak mengapa kerana dengan pengalaman dan ilmu yang lama terbabit dalam politik, saya pasti saya dapat melakukan yang lebih baik untuk pengundi sekiranya saya benar-benar memutuskan untuk menjadi wakil bebas," kata Hiew.

"Jika saya boleh menerima tekanan daripada rakan-rakan saya sendiri, jadi tak kan apa-apa sekiranya saya mungkin berhadapan daripada parti," tambahnya.

Hiew turut menyifatkan sesetengah anggota DAP tidak hormat dan tidak bersyukur kerana melayannya seperti apa yang dirasainya sekarang.

Pada pilihan raya umum baru-baru ini, DAP memenangi empat kerusi DUN, tujuh kerusi PKR manakala Parti Bersatu Sabah menang satu kerusi, dan 48 kerusi dimenangi Barisan Nasional.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana