Isu anjing: Muslimat PAS tak bersetuju dengan Tuan Ibrahim...Kenapa Bercanggah Pendapat Ni?

SHAH ALAM:  Jika Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man PAS mendakwa Islam tidak terhina dengan video yang dimuat naik oleh jurulatih anjing Maznah Yusof,  namun Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor Normala Sudirman berpendapat sebaliknya.

Sebaliknya, katanya, beberapa siri insiden menghina agama Islam dalam tempoh sebulan ini harus dijadikan pengajaran dan sesiapa yang melakukan perkara yang mencemarkan kesucian dan kedaulatannya perlu dijatuhkan hukuman yang setimpal.

"Dewan Muslimat PAS Pusat melahirkan kekesalan atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang menjadikan agama sebagai bahan senda gurau dan soal hukum dipermainkan sekaligus tidak menghormati kesucian agama Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia mutakhir ini.

"Apa yang paling menyedihkan perkara ini dilakukan oleh umat Islam sendiri tanpa ada perasaan bersalah dan malu bukan sahaja kepada Allah tetapi kepada umat Islam dan juga masyarakat majmuk di negara tercinta ini," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat kepada Antarapos.

Normala menyentuh insiden yang melibatkan seorang jurulatih anjing Muslim Maznah atau juga dikenali sebagai Chetz yang didakwa menghina agama Islam melalui videonya yang tersebar luas di YouTube.

Rakaman video yang menunjukkan Maznah menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya menyebabkan beliau dibawa ke Segamat, Johor untuk ditahan reman.

Pandangan Normala itu jelas bertentangan dengan kenyataan media Tuan Ibrahim yang  berkata Maznah hanya menunjukkan ketaksubannya terhadap haiwan berkenaan.

"Chetz (Maznah) mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya.

"Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman.

"Video itu juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia," kata Tuan Ibrahim.

Mengulas isu yang sama, Normala berkata, tiada kompromi dan tolak ansur kepada mana-mana individu yang menghina Islam.

"Tindakan ini jelas telah menghina agama Islam dan tidak wajar dibiarkan berlaku pada masa akan datang.

"Soal tempoh masa kejadian berlaku pada masa sekarang  atau beberapa tahun lalu bukanlah alasan untuk  masyarakat memaafkan begitu saja atas apa yang telah berlaku.

"Insiden ini wajar menjadi pengajaran kepada umat Islam agar berhati-hati atas apa jua tindakan kita kerana kita tidak akan terlepas dari undang-undang jika apa yang kita lakukan menghina agama Islam," katanya.

Beliau menegaskan bahawa kejadian ini harus menjadi pengajaran kepada umat Islam di negara ini agar tidak bertindak bertentangan dengan hukum dan ajaran Islam.

"....kerana dibimbangi jika perkara ini dibiarkan berlarutan,akan ada perkara–perkara lain yang dilakukan sehingga menggadai prinsip sebagai seorang muslim dan boleh meghakis akidah kita sebagai umat Islam.

"Pesoalannya, bagaimana anak–anak kita akan melihat situasi yang membimbangkan ini jika tidak dibendung dari sekarang? Bukan semua orang dewasa yang melayari laman Facebook bahkan anak-anak remaja juga," katanya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana