Imam besar Masjid Jamek Pattani dibunuh...Masyallah

Usaha mencari keamanan di selatan Thai menerima satu lagi tamparan selepas pemimpin agama berpengaruh, Yakub Raimani iaitu Imam Besar Masjid Jamek Pattani, dibunuh hari ini.

Beliau maut di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di kepala ketika membeli makanan berbuka puasa di pasar Ramadan di pekan Pattani kira-kira 4.30 petang waktu tempatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Pattani, Kolonel Polis Tuandir Jutanon ini adalah kali kedua Yakub ditembak.

Dalam kejadian pertama pada 2011 yang berlaku di hadapan rumah, mangsa hampir maut, katanya.

Imam Yakub antara pemimpin agama yang memberi kerjasama baik kepada kerajaan Thailand dalam usaha menyelesaikan konflik di wilayah selatan negara itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana