Iktiraf kerajaan Mesir tak semesti sokong tindakan

SHAH ALAM – Dalam kemaraan umat Islam mendesak negara Arab lain tidak mengiktiraf kerajaan sementara Mesir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya pula menyatakan pandangan berbeza.

Beliau yang dipetik dari akaun mikro Twitternya berkata, sokongan yang diberikan oleh negara Arab tersebut terhadap kerajaan sementara Mesir tidak membawa erti jika dibandingkan dengan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyatnya.

“Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya.

Dalam pada itu, Fathul Bari turut mengambil contoh kerjasama yang dilakukan Pas dengan parti yang bukan berlandaskan Islam iaitu DAP dan PKR.

Katanya, kerjasama itu bukan bermakna Pas menyokong Kristian, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan Pluralisme.

“Sepertimana orang Pas yang mengiktiraf  PKR dan DAP, tak bererti sokong Kristian, LGBT dan pluralisme,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, pelbagai pihak terus mengecam kekejaman kerajaan Mesir termasuk negara berkuasa besar.

Sehubungan itu, ada juga pihak yang menggesa negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menyelesaikan konflik di negara tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana