Husam mahu jadi hero,desak kerajaan prihatin soal Mesir dari jaga hati Cina.

Pas mendesak Malaysia menyatakan pendirian terhadap tindakan kejam rejim tentera di Mesir susulan kekejaman yang berlanjutan lebih sebulan lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Malaysia perlu bertegas menentang amalan tidak demokratik itu dengan apa cara sekalipun termasuk melalui persidangan Parlimen.

“Bila Pas minta, Presiden Pas buat tuntutan, minta supaya persidangan Parlimen tergempar diadakan, kita nak nyatakan pendirian Malaysia, ini adalah amalan tidak demokratik, negara-negara EU, negara-negara Eropah, panggil duta-duta Mesir, ke London, Belgrate, Paris, duta Mesir kena panggil menyatakan bantahan keras,” katanya.

Menurutnya, pergolakan yang berlaku di Mesir tidak boleh dibiarkan tanpa ada usaha menentangnya apabila begitu banyak nyawa terkorban.

Husam berkata demikian ketika menghadiri majlis solat Hajat, munajat dan membaca qunut nazilah sebagai simpati terhadap nasib umat Islam di Mesir yang menjadi mangsa kerakusan tentera Mesir sekarang.

Sambil menasihatkan agar rakyat bersatu padu dan tidak berpecah antara satu sama lain, Husam berkata, hanya perpaduan akan menghalang Israel merealisasikan matlamatnya untuk memecah belah umat Islam.

“Saya paling bimbang jika demokrasi ini berterusan dan berlanjutan dari sehari ke sehari kerana daripada situ akan lahir propaganda, yang akhirnya akan menyebabkan Ikhwanul Muslim bersendirian.

"Bila rakyat dan gerakan Islam berpecah, tercapailah matlamat Israel memecah belah umat Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan umat Islam di negeri ini akan mengambil iktibar di sebalik pergolakan di Mesir.

Nik Amar berkata, barisan kepimpinan perlu istiqamah dalam perjuangan mereka dan kembali kepada asas perjuangan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana