Dua Anggota Polis Menyamun?

PETALING JAYA 27 Ogos – Polis sedang menyiasat kemungkinan dua kes samun membabitkan dua mangsa di Kelana Jaya pada 3 Julai lalu dan dilaporkan secara meluas di laman sosial Facebook dan portal berita baru-baru ini melibatkan dua anggota pasukan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dua anggota polis berpangkat konstabel itu telah dikenal pasti oleh mangsa dalam satu kawad cam di sebuah balai polis, empat hari selepas kejadian.

Bagaimanapun katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan dan mengumpul bukti untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Siasatan masih dijalankan dan kita juga sedang menyiasat secara terperinci adakah anggota polis merupakan suspek dalam kejadian.

“Tetapi saya mengesahkan, salah seorang mangsa yang diragut yang dikenali sebagai Saravanan telah membuat kawad cam dan dalam proses itu, beliau telah mengecam dua anggota polis itu sebagai suspek.

“Bagaimanapun, dalam proses itu telah timbul masalah ‘teknikal’ sehingga menyebabkan polis terpaksa mencari bukti baharu untuk menyokong keterangan mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana