Dr.Zambry lepaskan jawatan Ketua Cawangan Pangkor

Dua minggu lalu Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir mengumumkan tidak bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO dalam Perhimpunan Agong parti  Oktober ini.

Ramai yang terkejut kerana beliau dilihat sebagai salah seorang tokoh muda yang berkaliber sebagai pemimpin pelapis.

Serentak dengan itu  beliau menamatkan spekulasi bahawa beliau akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO seperti yang dipercayai banyak pihak.

Pengumuman beliau itu bererti semua jawatan diperingkat nasional tidak ditandingi termasuklah jawatan Ketua Pemuda ataupun Naib Presiden UMNO. Bukan  saja beliau tidak bertanding sebarang jawatan Majlis Tertinggi beberapa pemimpin tertinggi turut sama seperti MB Pahang, DS Ahmad Husni Hanadzlah, Tan Sri Shahrir Samad, DS Nazri Aziz dan lain-lain.

Dr.Zambry dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri sebaik menjadi Menteri Besar Perak pada 2009 apabila kerajaan Barisan Nasional kembali menerajui kerajaan negeri mengambil alih dari Pakatan Rakyat yang hanya sempat berkuasa11 bulan.

Presiden UMNO yang baru menggantikan Pak Lah, DS Najib Razak melantik Dr.Zambry menduduki Majlis Tertinggi UMNO sifatnya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

 Menyusul  ialah langkah Menteri Besar Perak itu melepaskan jawatan Ketua UMNO  Cawangan Pangkor dalam Bahagian Lumut yang disandangnya sejak 17 tahun lalu.

Jawatan itu kini disandang timbalannya Mohd Wazir Yusof, 56 tahun. Wazir merupakan seorang ahli perniagaan sudah enam tahun menjadi orang kedua Menteri Besar di cawangan berkenaan.

 Keputusan melepaskan jawatan ketua cawangan kata Dr.Zambry dibuat bagi memberi peluang  dipimpin  ketua baru. Dengan ketua cawangan menetap di Pangkor, beliau boleh memberi khidmat yang lebih berkesan kepada masyarakat.

Beliau berkata sudah tiba masanya dia menyerahkan jawatan itu kepada orang lain memandangkan sudah 17 tahun dia menyandang jawatan berkenaan.

Untuk rekod Dr Zambry  memegang jawatan tersebut sejak berusia 34 tahun merupakan antara Ketua Cawangan termuda ketika itu.

Salah satu sebab beliau melepaskan jawatan berkenaan katanya adalah kerana kesibukannya sebagai Menteri Besar Perak. “Saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada cawangan Pangkor justeru eloklah memberi peluang kepada pemimpin  lain pula, ”katanya.

Beliau menambah “adalah lebih baik cawangan ini diberikan kepada orang yang menetap di Pangkor supaya ianya lebih cekap ditadbir.”

Dr.Zambry yakin dengan adanya ketua cawangan yang baru ini maka penduduk pangkor akan lebih produktif dan mendapat perhatian yang lebih.

Cawangan Pulau Pangkor merupakan cawangan yang besar dan mempunyai keahlian berdaftar  seramai 600 berbanding seramai 1,000 orang ahli dalam bahagian Lumut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana