Drama Terdesak… Kit Siang Cuba Untuk Tutup Kepincangan DAP

Penasihat DAP, Lim Kit Siang kelihatannya semakin terdesak sangat seperti cacing yang kepanasan apabila menyalahkan semua pihak terutama sekali UMNO dan BN yang dituduhnya telah melancarkan serangan yang dilabelkannya sebagai kempen Demonise/Destroy DAP (DDD).

Antara serangan yang dikaitkan dengan kempen DDD ialah fasa pertama mengenai pendedahan keganasan siber oleh Red Bean Army dan fasa kedua yang membongkar penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember lalu. Dakwanya itulah serangan awal yang dipelopori UMNO dan BN.

lim-kit-siang-menangis-air-mata-buaya-tipu-bohong-gimik-politik-sempit-dap-rasis

Jauh benar perginya imaginasi drama karya Kit Siang, memang patut benarlah anak kesayangannya Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP pun cukup bijak bersilat lidah dan bersandiwara dengan macam-macam alasan untuk menutup kelemahan diri. Bapak borek anak rintik rupanya.

Menurut Kit Siang lagi kempen DDD yang didakwa bermula sejak beberapa bulan lepas itu mempunyai matlamat jelas untuk memusnahkan DAP dan kini ia telah masuk fasa ketiga yang akan menentukan hidup dan mati parti paling rasis milik anak beranak dinasti Lim itu.

Pendek kata kesemua ketiga-tiga fasa yang disebutkan itu pada pandangan Kit Siang ia adalah satu bentuk serangan politik yang ditaja oleh UMNO dan BN, seolah-olah sedikit pun tiada kaitan dengan kepincangan urus tadbir dan kelemahan kepimpinan DAP itu sendiri.

Demikianlah sempurnanya DAP pada mata Kit Siang, malah bila mana siasatan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) akhirnya menyarankan DAP mengadakan semula pemilihan CEC DAP pun dikatakan itu bermotifkan politik.

Siap berdrama air mata lagi tu sebelum PRU-13 yang lepas sampaikan terpegun penuh taksud penyokong PAS bila mana Kit Siang nak guna logo PAS dengan alasan takut pendaftaran DAP dibatalkan.

Sekarang apa jadi? Konspirasi yang kononnya didalangi RoS dan BN itu juga yang dipersetujui sekaligus membuktikan memang wujud kepincangan semasa pemilihan CEC DAP yang lepas. Kalau tiada kelemahan dan penyelewengan, bukankah sepatutnya DAP kekal dengan keputusan pemilihan yang lepas, tak gitu?

guan-eng-dap-red-bean-army-godfather-komtar-penang

Dalam pada sibuk menyalahkan orang lain, Kit Siang terlupa isu perang gerila internet ala Red Bean Army dan soal pertikaian mengenai kepincangan serta penyelewengan pemilihan CEC DAP sebenarnya datang dari kalangan pemimpin politik DAP sendiri.

Satu yang menarik, sedar tak sedar Kit Siang telah melabelkan isu Red Bean Army yang hanya mula kedengaran pada Mac 2013 sebagai fasa pertama serangan dan diletakkan pula pertikaian umum terhadap kepincangan pemilihan CEC DAP yang berlangsung pada Disember 2012 sebagai fasa kedua serangan kempen DDD.

Dari tunggang terbalik fasa yang diperkatakannya itu pun kita dah boleh tahu kempen DDD yang digembar-gemburkan oleh Kit Siang itu hanyalah imaginasi akal pendeknya dek kerana terlalu gelabah nak mengalih tumpuan umum dari terus membicarakannya.

Inilah realiti politik DAP, penyakit denial syndrome sememangnya sudah berakar umbi disebabkan pengaruh buruk dinasti Lim yang gemar menutup kebenaran dengan menyapu segala permasalahan dalaman parti ke bawah karpet sambil menyalahkan orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana