Dr M: Tarik PR pemilik resort tak melampau

SERI KEMBANGAN: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata, tindakan kerajaan menarik balik status Penduduk Tetap (PR) pemilik resort di Sedili, Kota Tinggi bukan satu tindakan yang melampau.

Katanya, kerajaan mempunyai hak untuk menarik balik status PR pemilik resort yang berusia 45 tahun dan berasal dari Singapura itu.

"Kerajaan ada hak untuk menarik balik status Penduduk Tetap (PR) pemilik resort berkenaan.

"Saya tak rasa tindakan menarik PR satu tindakan melampau," katanya dalam sidang media ketika mengadakan majlis rumah terbuka di rumahnya di Serdang, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan taraf pemastautin tetap (PR) pemilik resort berkenaan dilucutkan serta-merta ekoran tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.
         
Katanya, kerajaan mempunyai hak untuk berbuat demikian terutama ke atas individu yang melakukan perkara di luar perundangan terutama yang berkait dengan kesucian agama Islam.

"Tindakan ini dibuat selepas kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat kajian mendalam terhadap pemilik itu, pasal taraf pemastautin tetap ini hanyalah satu kemudahan yang diberikan kerajaan Malaysia dan bukan satu bentuk keistimewaan," katanya.
         
Pada 10 Ogos lepas, lelaki berusia 45 tahun dari Singapura yang merupakan pemilik sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi membenarkan surau resort berkenaan digunakan untuk upacara keagamaan penganut Buddha.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana