Disyaki bersekedudukan remaja ditahan...Bulan Puasa Pun Jalan Jugak Ker?

KULIM - Dua pasangan remaja berusia 18 hingga 20 tahun ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) kerana disyaki bersekedudukan di sebuah rumah di taman perumahan di sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Ketika serbuan dibuat, pegawai penguat kuasa PADK ternampak bayangan penghuni dalam rumah mengintai di pintu bagaimanapun, melarikan diri ke dalam rumah.

Setelah memperkenalkan diri, seorang remaja perempuan datang dan membuka pintu rumahnya.

Siasatan mendapati terdapat dua lelaki berada di dalam rumah dan tidak mempunyai hubungan mahram.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.

Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Polis turut membuat pemeriksaan terhadap kenderaan digunakan salah seorang suspek apabila penduduk mencurigai kereta jenis Proton Wira digunakan suspek sering datang ke rumah di mana serbuan dibuat.

Pegawai penguat kuasa PADK menasihatkan kepada semua golongan remaja supaya tidak melakukan sebarang perlakuan tidak bermoral sepanjang Ramadan atau pun pada bila-bila masa sahaja.

Sekiranya mereka didapati bersekedudukan, PADK tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap suspek ditahan.

Menurutnya, sehingga kini lebih 10 pasangan ditahan dan ada di antaranya sudah menjalani hukuman atau membayar denda ditetapkan mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana