Darurat sebulan di Mesir... Kaherah kini zon perang

Darurat sebulan diisytiharkan di Mesir selepas pasukan keselamatan bertindak terhadap penyokong bekas Presiden Morsi akibatkan ratusan terbunuh. Sehingga kini hampir 4 ribu pelajar Malaysia di negara itu selamat. Wartawan asing lapor Kaherah kini bertukar menjadi ZON PERANG.

Pasukan keselamatan Mesir menggunakan kekerasan sehingga mengorbankan ratusan penyokong bekas Presiden Dr Muhamad Morsi di dua kawasan di Kaherah sejak awal pagi Rabu (waktu Mesir).

Laporan mengenai jumlah sebenar mangsa bercanggah bagaimanapun  wartawan Al Jazeera mengira 94 mayat di hospital sementara Rabaa al-Adawiya, manakala beberapa anggota Ikhwanul Muslimin yang menyokong Morsi berkata angka kematian setinggi 2,200, dengan kira-kira 10,000 cedera.

Operasi tersebut masih yang berlangsung di dua lokasi iaitu Dataran Nahda dan berhampiran Masjid Rabaa al-Adawiya masih lagi berterusan dan koresponden agensi berita yang membuat liputan menyifatkannya seperti zon perang.

Antara yang terbunuh adalah anak Mohammad Beltagi, pemimpin utama Ikhwanul Muslimin yang dikenali sebagai Asmaa, 17 tahun ditembak mati di Masjid Rabaa al-Adawiya.
mesir-bulldozer513 Dua wartawan turut terbunuh ketika membuat liputan keganasan pasukan keselamatan Mesir.Mereka adalah Mick Deane, jurukamera untuk saluran Sky News yang berpangkalan di London, dan Habiba Abd Elaziz, seorang wartawan untuk akhbar Xpress UAE, meninggal dunia akibat luka tembakan.

Rakaman secara langsung dari Kaherah pada pagi Rabu menunjukkan asap menyelubungi Dataran Nahda, yang berpangkalan di Giza, di tengah-tengah laporan gas pemedih mata dan tembakan rambang dilepaskan ke arah penyokong presiden Mesir yang digulingkan itu.

Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan tersebut ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.

Menjelang pertengahan pagi, Kementerian Dalam Negeri berkata pasukan keselamatan telah 'mengawal' Dataran Nahda , dan bahawa "pasukan polis telah berjaya untuk membuang kebanyakan khemah" di kawasan itu. Pasukan keselamatan telah menyekat semua laluan ke lokasi bantahan tersebut.

mesir-mayatbaru Rakaman televisyen menunjukkan yang tercedera yang dibawa ke pusat perubatan sementara serta polis mengheret penunjuk perasaan yang ditangkap ketika cuba meninggalkan lokasi perhimpunan.

Semua khidmat keretapi ke bandar Kaherah juga telah dihentikan dan jalan menuju ke kawasan kem berhampiran Masjid Rabaa ditutup.

Ikhwanul Muslimin mendakwa langkah itu diambil kerajaan bagi menghalang lebih ramai pengikut pertubuhan itu bergerak masuk ke bandar Kaherah.

Sebagai tindak balas kepada operasi keselamatan, Ikhwan Muslimin menyeru rakyat Mesir turun ke jalan raya seluruh negara bagi "menghentikan pembunuhan beramai-ramai".

Selain melancarkan mogok awam dan menutup pejabat kerajaan tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Dalam reaksi segera, Kesatuan Eropah berkata laporan bahawa penunjuk perasaan telah dibunuh "amat membimbangkan" dan meminta pihak berkuasa Mesir 'menahan diri' dari melakukan kekerasan.

Presiden Turki Abdullah Gul pula berkata tindakan pihak keselamatan Mesir itu "tidak boleh diterima".

Manakala Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle, menggesa penyokong kerajaan sementara Mesir, serta penyokong Morsi untuk menjauhi keganasan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana