DAP Parti Rasis Yang Cuba Tuduh Pihak Lain Rasis


Sebetulnya tidak ada apa yang ‘grand’ sangat bila Kit Siang timbul hentam Tun Mahathir sebagai perkauman baru-baru ini.  Ini memang taktik biasa DAP, main persepsi orang lain rasis, walhal dia parti itulah rasis yang terbesar sekali.

Kalau tak rasis, macam mana pulak parti berbilang kaum kononnya tapi dihuni lebih 90% cina?  Kalau tak rasis, macam mana pulak boleh terang-terangan tipu keputusan pemilihan CEC semata-mata nak pastikan anak cina (nama Melayu) menang supaya tak nampak semua nama cina dalam CEC tu?

Semasa di PRK Kuala Besut baru ini, kenapa tak satu pun bendera DAP yang dicacak di kawasan tersebut.  Malah kalau ada yang cacak pun, budak PAS sendiri akan datang tanggalkan?  Sebab apa tanggal, takut kerasisan DAP mempengaruhi undi orang Melayu pada calon PAS ke?

Dalam kes ’makan di tandas’ baru-baru inipun, DAP juga yang jadi batu apinya.

Dari percaya fitnah murid dipaksa makan dalam tandas, sebelum berubah kenyataan tak patut makan dalam bilik persalinan dan sekarang senyap setelah dibuktikan keputusan makan di bilik persalinan itu dibuat oleh PIBG, DAP memang ada main peranan yang banyak supaya api perkauman terus marak.

Malangnya, ada juga ibubapa dari ’kaum itu’ yang termakan hasutan DAP cuba bertindak di luar batasan ke atas guru besar sekolah berkenaan sehingga laporan polis terpaksa dibuat.

Begitulah ‘hebat’ DAP main api perkauman, cerita jamban pun boleh hampir nak cetus ketegangan kaum.  Tempat lain tidak ada perkara macam ini berlaku, tapi di Malaysia ada sebab wujudnya parti macam DAP.

Ini semua bukti kerasisan melampau DAP, bukan semata-mata lihat berapa ramai calon Melayu bertanding atas tiket parti tersebut dalam PRU13 yang lepas.

Setakat calonkan beberapa nama Melayu (itupun di kawasan majoriti cina), dengan 2 darinya menang, itu bukan bukti kata DAP tak rasis.  Memang ada 3 nama Melayu DAP yang menang dalam PRU13 lepas, tapi Zairil Khir Johari bukan salah seorang darinya.

Dia cina bernamakan Melayu.

Maka itu DAP patut berhenti tuduh orang lain sebagai rasis bila parti itu lebih rasis dari segala-gala rasis pun.  Malah kemuncak kepada kerasisan di Malaysia ini, peristiwa 13 Mei 1969 itu pun memang DAP ada peranan seperti yang dibuktikan dalam kertas putih Parlimen.  Isi kandungan kertas putih itu sampai sekarang tidak dicabar oleh DAP di Mahkamah, membuktikan DAP ini memang parti rasis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana