DAP cadang pengaman PBB bantu perangi jenayah...Bangangnya Cadangan Lim Guan Eng

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperbesar-besarkan jumlah pengikut tegar bagi bekas tahanan bawah Ordinan Darurat (EO).

Katanya, jumlah seramai 260,000 orang penjenayah yang digambarkan oleh menteri itu malah melampaui jumlah anggota polis yang menurutnya hanya seramai 112,538 orang.

"Untuk menjustifikasi pengembalian semula undang-undang pencegahan yang membenarkan penahanan tanpa bicara, Ahmad Zahid mendakwa bahawa pembebasan 2,600 orang penjenayah lantaran pemansuhan Ordinan Darurat pada tahun 2011 telah mengakibatkan terbentuk sebuah pasukan penjenayah seramai 260,000 orang berkeliaran di jalanan Malaysia.

Jumlah itu adalah lebih besar dari kekuatan angkatan tentera seramai 124,000 orang, kata Lim yang berseloroh agar pasukan tentera dan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membantu polis memerangi jenayah.

"Angka yang datang daripada Menteri Dalam Negeri ini sangat mengejutkan. Malah kiraannya dalam menganggar bilangan penjenayah bukan hanya sekadar syak malah diperbesar-besarkan secara melampau.
“Atas sebab ini, DAP bukan saja menyeru Angkatan Tentera untuk bantu polis, malah supaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu diundang bagi membantu pasukan polis Malaysia untuk kalahkan pasukan penjenayah seramai 260,000 orang ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid di dalam Utusan Malaysia Ahad lalu, yang menganggarkan pengikut tegar bagi 2,600 orang bekas tahanan EO makan berkembang sehingga membentuk kekuatan 266,000 orang.

Lim juga menggesa agar lebih banyak sumber dalam bentuk kelengkapan dan kakitangan diperuntukkan kepada pihak polis sehingga 50 peratus dari jumlah keseluruhan anggota.

Jelasnya, perkara itu perlu dibuat kerana daripada 112,583 anggota polis hanya 10,150 anggota sahaja yang memerangi jenayah iaitu hanya sembilan peratus.
"Persoalnya sekarang ialah sama ada Ahmad Zahid bertindak adil terhadap pasukan polis dengan mengalihkan kekuatan mereka daripada tugas utama membasmi jenayah dengan mengarahkan mereka melaksanakan tugasan lain termasuk memantau dan menangani pihak lawan politik BN," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana