DAP Akan Cipta Pelbagai Helah Untuk Tutup Malu Ditangkap Menipu

PULAU PINANG, 6 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin berkata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bukanlah individu yang akan patuh kepada undang-undang sebaliknya Guan Eng adalah pemimpin yang mempunyai kepakaran memutarbelitkan isu bagi menutup segala pekong yang ada di dalam parti itu.

Justeru jelas beliau Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan terus mencari helah dan alasan agar kontroversi berkenaan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP tidak perlu dilakukan semula.

Shaikh-Hussein-Mydin-Ketua-Pemuda-UMNO-BN-Bagan-Pulau-Pinang

“ROS telah menyatakan bahawa pemilihan tersebut tidak sah dan ianya perlu dilakukan semula maka DAP pula seboleh mungkin akan terus mengelak.

“Mengapa DAP mengelak? Ini kerana terbukti terdapat penyelewengan semasa proses pemilihan dijalankan. Guan Eng tidak mahu pekong mereka terbongkar dan sudah pasti ROS akan dipersalahkan di dalam hal ini.  Kita juga tidak terkejut jika perkara ini akan d bawa sehingga ke mahkamah semata-mata untuk memastikan bahawa pemilihan semula tidak perlu dilakukan,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi Guan Eng terutama DAP sudah pasti akan cuba menutup segala kepincangan dalam parti tersebut kerana selama ini mereka sentiasa menggambarkan parti mereka umpama “parti malaikat” yang terhindar dari sebarang dosa.

“DAP adalah sebuah parti yang tidak akan mengaku kesalahan sendiri. Mereka kononnya sentiasa betul. Mereka harus ingat, UMNO juga pernah diharamkan. Kita terima dan ikut undang-undang. Tetapi mengapa DAP tidak mahu menerima kata putus ROS,” ujarnya lagi.

Beliau turut malahirkan harapan agar ROS terus bertindak tegas dan tidak menangguhkan lagi perkara ini memandangkan ianya telah berlanjutan beberapa bulan.

“Sekiranya pendaftaran DAP perlu dibatalkan, lakukan sahaja kerana ini memang bidang kuasa ROS,” jelasnya.

Guan Eng sebelum ini telah menyatakan pendirian DAP enggan melakukan pemilihan semula CEC sekiranya ROS tidak memberi sebarang alasan munasabah mengikut undang-undang.

Guan Eng juga menyifatkan tindakan ROS ini bermotifkan penganiayaan dan dendam politik.

Pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan. - MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana