Bodoh punya DAP...Terbaik DAri KJ

"Ya, saya sengaja bagi rumah saya dirompak sebab nak kembalikan EO. Bodoh punya DAP. (Sorry bahasa tapi justified)" itu antara luahan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam akaun twitternya petang Rabu.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang mendakwa kes pembunuhan melibatkan senjata api di negara ini dibiarkan berleluasa bagi membolehkan kerajaan BN menggubal undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO).

Dakwanya, undang-undang baharu itu kemudiannya akan disalahgunakan oleh para pemimpin atasan BN untuk menganiayai pembangkang.

Kenyataan kontroversi tersebut dibuat dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP pada Selasa disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris di Sarawak, The Borneo Post.

kj-dap tweet
kj-daptweet
Sementara itu, dalam satu kenyataan media juga pada petang Rabu, Pergerakan Pemuda UMNO mengecam Chieng Jen yang mendakwa insiden tembakan serta jenayah yang semakin berleluasa di negara ini merupakan sandiwara Barisan Nasional (BN).

Menurut Khairy, tohmahan berkenaan merupakan satu bentuk hasutan politik yang berniat jahat, serius serta keterlaluan.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan jahat itu bertujuan mempengaruhi rakyat supaya membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

"Kenyataan Chieng Jen yang merupakan pemimpin kanan DAP dan Ahli Parlimen Bandar Kuching jelas menampakkan tembelang pihak pembangkang yang memperjuangkan politik kebencian serta perpecahan dalam kalangan rakyat.

"Atas rasa cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat serta prinsip perjuangan politik matang, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan politik kotor Chieng Jen itu dan berharap perkara tersebut membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran serta perjuangan politik pemimpin pembangkang," katanya.

Chieng Jen menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Sarawak, The Borneo Post hari ini mendakwa kes pembunuhan melibatkan senjata api di negara ini dibiarkan berleluasa bagi membolehkan kerajaan BN menggubal undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO).

Dalam pada itu, Pemuda BN Perak membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam tadi terhadap Chieng Jen.

Setiausaha Pemuda BN Perak, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata pihaknya membuat laporan itu supaya siasatan dijalankan terhadapnya yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan politik jahat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana