BN Perak mahu sukses tadbir negeri...Terbaik lah Usaha Zambry.

PANGKOR - BN Perak mahu terus bergerak ke hadapan dalam memajukan negeri dan masyarakat di samping mengurangkan masalah atau kesan politik terutamanya selepas menghadapi beberapa petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata BN Perak perlu menuju ke hadapan tanpa melayan karenah politik selepas pilihan raya umum Mei lepas.

"Itu adalah proses yang dilakukan mereka (pembangkang) dengan membuat petisyen dan badan kehakiman telah membuat keputusannya," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Dun Pangkor di Kampung Masjid di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen Dun Rungkup, Manong, Pasir Panjang, Lubuk Merbau dan  Manjoi yang difailkan Pas yang mempertikaikan keputusan pilihan raya yang telah dicapai.

"Keputusan (mahkamah) telah dibuat, jadi kita perlu menerimanya," katanya yang juga Anggota Dun Pangkor.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata kerajaan pusat telah memberi respon positif terhadap permohonan kerajaan negeri supaya Pihak Berkuasa Tempatan mengambil alih pengurusan kemudahan marina di Pulau Mentagor berhampiran Pulau Pangkor.

"Kita berharap marina itu dapat diserahkan kepada kerajaan negeri dengan segera memandangkan keadaannya yang semakin usang dan jetinya hampir hilang.

"Jika cepat diserahkan, maka kita boleh ambil tindakan segera untuk baik pulih kawasan berkenaan," katanya.

Beberapa perancangan sedang disusun oleh Majlis Perbandaran Manjung di kawasan itu antaranya membangunkan semula serta menjadikan ia sebagai sebuah resot marina, katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana