Blogger seks cabar satu daripada tiga pertuduhan

KUALA LUMPUR: Pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee dijangka akan mencabar satu dari tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka, kata peguam yang mewakili mereka, Choong Joo Tian.
Pertuduhan itu adalah 'menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan termasuk menyebarkan kebencian atau mempunyai niat jahat memburukkan agama'.    
Cabaran itu akan dibuat mengikut Seksyen 298A, Kanun Keseksaan.
Hakim Dazuki Ali menetapkan 19 September untuk sebutan semula perbicaraan kes mereka hari ini.
Pada 18 Julai, pasangan itu, yang dikenali sebagai Alvivi, didakwa melakukan tiga kesalahan di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.
Mereka bakal berhadapan hukuman hukuman penjara maksimum 15 tahun masing-masing, dengan denda, jika sabit kesalahan atas tiga tuduhan itu.
Kedua-duanya didakwa membuat hasutan memuat naik  di laman  Facebook bertajuk "Alvin dan Vivian-Alvivi" di https://www.facebook.com/alvivi.swingers dengan gambar bertajuk "Selamat Berbuka Puasa DENGAN Bak Kut Teh .. Wangi, enak, menyelerakan! "dengan logo Halal di sebelahnya.
Pentadbir Facebook  menutup halaman mereka tidak berapa lama selepas itu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di 568-14-18 Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 Julai dan 12.
Mereka juga didakwa memuat naik gambar lucah mereka di http://alviviswingers.tumblr.com/ antara pukul 9 pagi pada 6 Julai dan 2 pagi pada hari berikutnya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana